Monday, April 9, 2012

AARON AZIZ MEMENANGI ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011


Nana nak ucapkan jutaan tahniah kepada pemenang anugerah bintang paling popular 2011, iaitu Aaron Aziz. Seperti yang dijangka, pelakon lelaki yang sangat popular melalui drama Nora Elena dan filem Ombak Rindu ini mampu membuatkan ramai peminat terpesona akan lakonannya selain mempunyai wajah yang tampan. Para peminat Aaron telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi Bintang Paling Popular tahun ini. Aktor kelahiran singapura ini telah pun membuka mata rakyat Malaysia dengan lakonannya yang mantap. Oleh itu, Nana sekali lagi ucapkan tahniah kepadanya....Wahh kelas ko seyh abang Aaron.

ok,sebenarnye nana tengok ABPBH nie kat rumah je...tapi apa yg paling Nana x sangka ialai Fizz Fairuz menang untuk anugerah Pelakon Drama Lelaki Polular.Sangat x sangka dia menang anugerah nie. Mase nama dia diumumkan pun dia nampak terkejut sangat...ape2 pun tahniah.....kelas gitu fizz fairuz

Bagi pemenang yang lelain juga Nana ucapkan tahniah. Yang x menang, lain kali ade lagi....

No comments:

Post a Comment